Perincian piawai RS-232

Isyarat

Berikut merupakan penerangan tentang fungsi pin-pin bagi antaramuka RS-232 yang menggunakan penyambung DB-25 dan DE-9:

  1. Signal Ground Pin 7 (DB25), Pin 5 (DB9)Talian SG digunakan sebagai common signal ground, dan perlu disambungkan pada setiap masa.
  2. Transmit Data Pin 2 (DB25), Pin 3 (DB9)Talian TX digunakan sebagai penghantar data dari komputer ke seraial device.
  3. Receive Data Pin 3 (DB25), Pin 2 (DB9)Talian RX digunakan sebagai penghantar data dari serial device ke komputer.
  4. Data Terminal Ready Pin 20 (DB25), Pin 4 (DB9)Talian DTR digunakan oleh komputer memberi isyarat kepada serial device bahawa ia telah bersedia. DTR perlu disetkan pada paras tinggi semasa berkomunikasi dengan modem.
  5. Data Set Ready Pin 6 (DB25), Pin 6 (DB9)Talian DSR digunakan oleh serial device untuk memberi isyarat kepada komputer bahawa ia telah bersedia untuk berkomunikasi.
  6. Request to Send Pin 4 (DB25), Pin 7 (DB9)Talian RTS dikeluarkan oleh komputer untuk memohon kebenaran menghantar data. RTS dikawal oleh komputer dan dibaca oleh modem.Dupleks penuh – isyarat ini dikeluarkan secara terus.Dupleks separuh – isyarat dikeluarkan hanya apabila ada data untuk dihantar.
  7. Clear to Send Pin 5 (DB25), Pin 8 (DB9)Talian CTS digunakan untuk mengeluarkan jawapan kepada isyarat RTS bila modem sedia untuk menerima data. CTS dikawal oleh modem dan dibaca oleh komputer.
  8. Data Carrier Detect Pin 8 (DB25), Pin 1 (DB9)Talian DCD digunakan oleh modem untuk memberitahu komputer supaya bersedia untuk menerima data pada bila-bila masa.
  9. Ring Indicator Pin 22 (DB25), Pin 9 (DB9)Modem mengeluarkan isyarat kepada Talian RI untuk memberitahu komputer bahawa ada pihak luar yang hendak berkomunikasi.